Sunday, August 25, 2019

KISAH BENAR - #AKUDANKISAHBENARPENCARUMSSPN #PLUS

Saya ambil masa untuk menulis kisah ini, kisah realiti yang berlaku ke atas satu keluarga yang begitu menyentuh hati saya. Alhamdulillah pada hari ini saya diberikan kekuatan untuk saya berkongsi sebagai manfaat kita semua.
.
Menjadi tangunggjawab saya untuk memberikan taklimat kepada pelajar, ibu bapa, penjaga, dan masyarakat betapa bernilainya membuat simpanan awal untuk diri sendiri dan keluarga. Saban minggu menjadi rutin saya menjelajah daerah Pasir Mas dan daerah Jeli untuk hadir di sekolah dan agensi.
.
Kisah ini bermula selepas saya memberikan taklimat berkaitan simpanan di SMK Agama Lati Pasir Mas, kaunter kami dikunjungi seorang pemuda yang bertanyakan bagaimana ingin membuat permohonan tuntutan takaful selepas ayah beliau meninggal dunia. Arwah ayah beliau meninggal disebabkan serangan strok dan jantung. Beliau memaklumkan arwah ayah seorang yang mementingkan pendidikan dan masa depan anak-anaknya. Arwah ayah telah membuka akaun SSPN-i Plus Pakej Topas iaitu potongan sebanyak RM100 sebulan untuk adik-beradiknya.


.
Sejurus selepas itu, beliau telah hadir bersama ibu beliau di Pejabat PTPTN Negeri Kelantan membuat permohonan tuntutan takaful dan telah menghantar dokumen yang lengkap. Alhamdulillah permohonan diluluskan dan waris telah menerima tuntutan takaful sebanyak RM22,500. Arwah ayah menyimpan dalam SSPN-i Plus hanya dalam tempoh 14 bulan.


.
Menyedari kebaikan menyimpan awal, Ibu beliau juga telah membuka akaun SSPN-i Plus Pakej Topas untuk dua adik yang masih bersekolah. Siapa sangka, selang empat bulan selepas itu, ibu beliau juga telah dijemput ilahi, akibat serangan darah tinggi mengejut yang menyebabkan saluran darah otak pecah. Tiada kata-kata yang dapat diucapkan, betapa peritnya perasaan apabila kedua ibubapa telah pergi untuk selama-lamanya. Pada 13 Jun 2019, semua tuntutan takaful telah berjaya diproses sebanyak RM45,000 dan akan digunakan sebagai keperluan pendidikan untuk kedua-dua adik beradik pada masa akan datang.


.
Tiada lagi ibu bapa sebagai tunggak utama keluarga, pemuda inilah yang menjadi pengganti bagi dua adik yang masih bersekolah. Tahun ini juga adalah tahun peperiksaan penting iaitu seorang akan menduduki peperiksaan UPSR dan seorang lagi SPM. Dengan duit tersebut, ianya dapat membantu dua adiknya untuk menyambung pengajian di peringkat tertinggi tanpa terikat dengan masalah kewangan.
.
Pemuda yang saya maksudkan ini adalah ibu juga ayah kepada dua adik yang masih bersekolah, iaitu Encik Nik Afnan Bin Nik Muhd Afandi beliau berumur 30 tahun dan bertugas sebagai pembantu tadbir di Klinik Pergigian Kota Bharu. Beliau menyeru masyarakat di luar sana untuk membuka akaun SSPN-i Plus kerana dapat membudayakan amalan menabung dari awal untuk keperluan pendidikan masa akan datang. Satu keluarga juga mendapat perlindungan takaful yang mana akan memberi pelbagai manfaat timbal balik kepada simpanan yang dibuat oleh ibu bapa. Rebutlah peluang ini dengan menyimpan di SSPN-i Plus kerana banyak keistimewaan untuk semua lapisan masyarakat.

.
Saranan saya untuk semua kawan-kawan, jangan bertangguh lagi sekadar #RM1 sehari tetapi manfaat adalah sehingga RM42,500 untuk satu keluarga. Jangan bebani anak-anak kita tanpa sebarang jaminan. Sebagai ibu bapa kita perlu membuat perancangan simpanan awal supaya mereka tidak terikat dengan bebanan hutang apabila tamat pengajian kelak. Melalui simpanan SSPN-i Plus serendah #RM30 sebulan ini adalah hadiah #TERBAIK untuk keluarga kita.

*Norhasnidah Binti Mohd Arifin*
PTPTN Negeri Kelantan


Kredit to PTPTN KELANTAN

Buka akaun di sini

No comments:

Post a Comment